Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Tuesday 19 July 2011

MEMBAWA GEREJA TUHAN KEPADA KESEMPURNAAN - IBRANI 6:1-5

Panggilan terhadap umat manusia iaitu selepas manusia jatuh ke dalam dosa dan dikeluarkan dari Taman Eden. untuk itu Allah memprogramkan supaya manusia dapat kembali  disempurnakan/dipulihkan maka rancangan itu ialah Minggu Ketebusan. Kalau Bapa telah menjadikan langit dan bumi serta segala isinya itu disebut Minggu Kejadian. sesudah Adam dan Hawa jatuh ke dalam dosa dan dikeluarkan dari taman eden maka disinilah mulainya Allah melaksanakan Minggu Ketebusan yang kemudian dikenal dengan pembahagian zaman iaitu :
  1. Zaman Bapa 2000 tahun ( 2 hari ) dari zaman Adam-Abraham
  2. Zaman Anak 2000tahun ( 2 hari ) dari Zaman Ishak-Tuhan Yesus Kristus
  3. Zaman Roh Kudus 2000 tahun ( 2 hari ) dari Ketuangan Roh kudus-akhir zaman
  4. Kerajaan Masa Damai 1000 tahun ( 1 hari ) selepas berakhir zaman Antikris (akhir zaman)
perhatikan : 2 Petrus 3:8, Mazmur 90:4 ,  satu hari bagi Tuhan = 1000 tahun bagi manusia
 Bagi kita yang hidup pada zaman sekarang ini adalah zaman Roh Kudus sehingga di zaman ini ada ketetapan Allah yang harus dipatuhi oleh manusia apabila mahu diselamatkan dan disempurnakan sebagai mana rencana Allah membawa manusia kepada kesempurnaan iaitu terdapat dalam Kisah Rasul 2:37-39 adalah:
  • Bertobat
  • Berbaptis, dalam nama Tuhan Yesus Kristus
  • Beroleh Anugerah Roh Kudus (Kasih Karunia)
oleh kerana itu dalam Ibrani 6:1-5 Rasul paulus menyampaikan kepada sidang jemaat Ibrani supaya meninggalkan pelajaran mula-mula dan langsungkan kepada Kesempurnaan (Perkembangan Penuh)
untuk mencapai kesempurnaan itu maka ada langkah-langkah iman yang harus ditempuhi oleh gereja Tuhan di akhir zaman ini sebab langkah inilah yang membawa kita dapat menjadi Pengantin Kristus.
Perlu diperhatikan bahawa mencapai sampai ke tahap sempurna maka harus berjalan sesuai dengan Firman dan Roh kerana kedua harus sejalan bagaikan kaki apabila kita berjalan, sebab merungkaikan rahasia Firman Tuhan harus dipimpin oleh Roh Kudus supaya tidak salah dan pastinya dapat membawa gereja Tuhan pada pengertian yang benar atas rahasia Firman Allah.
untuk Kabar Pengantin Kristus yang diwahyukan oleh Allah telah mengungkapkan satu rahasia bagaimana gereja Tuhan kepada Kesempurnaan.
contoh yang boleh dapat membawa kita pada pemahaman iaitu Ikan Goreng sepotong yang dirohanikan sebagaimana juga waktu TuhanYesus bersama dengan muridnya IA pernah meminta ikan goreng sepotong Lukas 24:41-43
Arti Rohani Ikan Goreng Sepotong :
Pertama  seorang nelayan akan pergi menangkap ikan di laut dan selepas itu membuang pukat sehingga pukat yang dilabuhkan dapat menangkap ikan. artinya: nelayan itu adalah hamba-hamba Tuhan yang pergi menjala jiwa-jiwa dengan memukat mereka dengan Injil Kebenaran yang tidak ditambah dan dikurangkan.Roma 1:16-17, Yoh 6:44,
kemudian itu ikan yang telah dipukat dibawa ke darat dan dipilih mana ikan yang boleh dibawa ke pasar untuk dijual dan pastinya selepas dipilih ikan itu mati. ini berarti setelah jiwa dipukat dengan injil maka ia akan dibawa pada penyesalan bahawa selama ini dia hidup dalam keduniawian sebab laut berbicara dunia dan Firman menyardarkan dia sehingga kedagingan dimatikan dari sebab Firman yang dia terima itu tandanya bahawa iai sudah mula mengeluarkan buah-buah Pertobatan Matius 3:8.
selepas ikan diual dan dibeli kemudian dibawa kerumah dan selepas itu akan dibersihkan dengan cara mengeluarkan isi perutnya dan dicuci sampai bersih. ini menunjukkan apabila kita sudah dipanggil maka Tuhan mahu penebusan melalui kematianNya harus menjadi bahagian kita sesuai Roma 6:3-4 kerana IA sudah membeli kita dengan harga tunai/lunas I Korintus 6:20. jadi untuk itu Gereja Tuhan sesudah mengeluarkan buah-buah pertobatan harus segera di baptis dengan air seperti contoh Tuhan Yesus Kristus di sungai Yordan maka kita boleh hidup baru didalam Tuhan sebagai langkah untuk mencapai tahap dewasa iman.

namun perlu ingat ikan selepas dicuci belum boleh di makan jadi langkah selanjutnya ikan perlu di garami dan di beri limau supaya mahu ikan tersebut akan berbau sedap. ini menunjukkan bahawa kita apabila mengikut kebenaran tentunya akan digarami dengan api pencobaan Markus 9:49, itulah proses pembentukan gereja Tuhan agar supaya gerejaNya harus masuk ke tahap menerima Baptisan Roh dan Kepenuhan Roh (Kisah Rasul 2:1-4).

setelah digarami dan diberi limau akan ikan itu maka seterusnya ada persiapan untuk menggoreng ikan tersebut, untuk itu diperlukan bahan dan alat iaitu : Minyak, Api dan Kuali untuk menggoreng
jadi bahan ini perlu ada keseimbangan dalam penggorengan supaya ikan boleh masak betul dan tidak hangus atau mentah.
  • Minyak = Roh Kudus
  • Api = Firman Tuhan
  • Kuali = Persekutuan Orang percaya
ini menunjukkan bahawa tahap kehidupan kita menjadi ikan goreng sepotong yang menjadi permintaan Tuhan Yesus adalah apabila gereja Tuhan sampai mencapai Anugerah-Anugerah Roh Kudus iaitu menerima Karunia Roh, Jawatan Tuhan dan Buah-Buah Roh.
Jadi apabila telah selesai penggorengan maka ikan itu sedia akan dihidangkan dan kemudian dimakan. Demikian juga halnya kita sebagai gereja Tuhan penenentun untuk menjadi sempurna adalah bagaimana mahirnya seorang Hamba Tuhan menggoreng jemaat Tuhan supaya menjadi ikan goreng sepotong supaya hasil penggorengan tidak hangus atau mentah. jadi Pengajaran Firman Allah yang benar dan bersandar kepada Roh Kudus maka menjadikan gereja Tuhan dapat mencapai kesempurnaan iaitu menikah dengan Tuhan Yesus Kristus sebagai mempelai lelaki kita sebagai gereja Tuhan sebagai mempelai perempuan

Jadi kesimpulannya bahawa tugas hamba-hamba Tuhan pada akhir zaman ini menentukan sekali agar dapat membawa gereja Tuhan sampai dapat disempurnakan seperti ikan goreng yang sedia dimakan.

Sekian.

2 comments: