Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Wednesday 20 July 2011

3 MACAM KELEPASAN - II KORINTUS 1:9-10

 "Yang telah melepaskan kami dari kematian yang sebegitu besar itu, dan yang akan melepaskan kami kelak. Maka kepadaNyalah kami menaruh harap, bahawa Ia akan melepaskan kami lagi". ayat 10
(Alkitab Terjemahan lama)
Dalam II Korintus 1:9-10 ini, Rasul Paulus mendapat petunjuk daripada Tuhan mengenai 3 macam kelepasan untuk sidang jemaat Korintus dan hal ini juga merupakan kelepasan bagi Gereja Tuhan akhir zaman. Dalam ayat 10 terdapat 3 kata kelepasan dengan pembahagiannya sebagai berikut :
  1. Yang akan melepaskan kami dari kematian yang sebegitu besar itu - Kelepasan Tubuh
  2. Dan akan melepasakan kami kelak - Kelepasan Jiwa.
  3. Maka kepadaNyalah kami menaruh harap Ia akan melepaskan kami lagi - Kelapasan Roh
Pada masa Allah menciptakan manusia di taman Eden menurut Peta dan teladan Allah sempurna dan manusia lebih rendah darjatnya sedikit daripada Malaikat Mazmur 8:6 yang berbunyi : "maka Engkau telah menjadikan dia kurang sedikit daripada Malaikat dan Engkau memahkotai dia dengan kemuliaan dan dengan hormat"
Manusia dibentuk dalam 3 unsur iaitu : Tubuh, Jiwa dan roh. kemudian diletakkan di Taman Eden dan memberi pesan kepada mereka supaya tidak memakan buah yang ada di tengah taman iaitu buah dari pohon pengetahuan baik dan jahat. Kejadian 2:8, 15-17.
Namun kerana manusia tidak taat pada perintah Tuhan maka Iblis yang memakai Ular berjaya memperdayakan hawa ketika sedang berjalan-jalan seorang diri dalam taman itu sehingga akhirnya manusia jatuh ke dalam dosa, disinilah perlu kita ketahui bahawa ketika manusia jatuh menjadikan manusia rusak dihadapan Allah dan kerusakan itu terjadi pada Tubuh, jiwa dan roh. maka oleh yang demikian satu program Allah untuk mengembalikan manusia kepada kesempurnaan sehingga disuruh mereka berjalan ke timur untuk mencari kebenaran supaya mendapat kelepasan sehingga tubuh, jiwa dan roh dapat dipulihkan dengan sempurnanya. jadi inilah yang dimaksudkan oleh Paulus bahawa rencana Allah bagi kita manusia supaya mendapat 3 kelepasan ini sebelum kedatangan Tuhan Yesus Kristus menjemput GerejaNya.

A.      KELEPASAN TUBUH

          Kelepasan tubuh adalah terlepas dari segala penyakit. contoh : umat Israel dari Mesir menuju ke tanah Kanaan, dimana mereka menjadi bangsa yang dipilih Allah Amos 3:2 sehingga mereka disebut oleh Tuhan iaitu Pengantin Yeremia 2:2. Dalam perjalanan mereka selama 40 tahun di padang belantara mereka tidak mengalami penyakit dan memelihara mereka dengan memberi makan MANNA yang turun dari Syurga, kemudiam kasut mereka tidak rusak selama perjalanan mereka di padang belantara, tetapi bagi mereka yang berbuat pelanggaran pada masa itu di hukum mati sehingga banyak yang mati di padang belantara oleh kerana melakukan 4 perkara - I Korintus 10:7-10. oleh yang demikian bagi kita sebagai umat Tuhan untuk mengalami kelepasan tubuh ini haruslah taat pada perintah Tuhan dengan melakukan apa yang benar di mataNya, memelihara hukum dan undang-undang Firman Allah  - Keluaran15:26

B.      KELEPASAN JIWA
        
          Kelepasan Jiwa adalah terlepas dari segala Pelajaran yang salah/sesat, kerana kebutuhan jiwa adalah pengajaran Firman yang benar sehingga jiwa dapat mengalami pemulihan kerana Firman yang benar bagaikan obat untuk menyembuhkan jiwa yang lagi dalam keadaan rusak oleh kerana dosa manusia - Mazmur 107:20.
Oleh kerana itu rencana Tuhan ketika Ia datang ke dalam Dunia agar supaya manusia boleh menemukan kebenaran yang dapat membebaskan manusia daripada kebinasaan - Yoh. 17:17, Yoh.8:32. itu sebabnya Tuhan Yesus Kristus menyerukan supaya Bertobatlah kerana Kerajaan Syurga sudah dekat-Matius 4:17.
Jadi bagi kita Gereja Tuhan di akhir zaman ini perlu kena berhati-hati pengajaran palsu dan sesat kerana ianya tidak akan membawa kita pada kelepasan jiwa malahan justru akan lebih merusak jiwa kita sehingga membawa kita pada alamat kebinasaan. Untuk itu perlunya bersekutu dengan pengajaran Firman yang tidak ditambah dan tidak dikurangi, kerana itu pesan Firman Allah kepada manusia yang menginginkan keselamatan daripada Allah. - Amsal 30:5-6, Wahyu 22:18-19
Perhatikan : Pengajaran yang sementara beroperasi di bumi ini ada 3 jenis iaitu :
  1. Pengajaran yang langsung dari Tuhan - Galatia 1:11-12
  2. Pengajaran akal-akal manusia - Matius 15:8,9,13,14
  3. Pengajaran setan-setan - I Timotius 4:1-5     
C.      KELEPASAN ROH

          Kelapasan roh adalah kelahiran kembali dari Air dan Roh kerana ianya adalah kelarihan Roh (Yoh 3:6) Jadi ini adalah merupakan satu ketetapan yang harus dilaksanakan sebagai suatu kehidupan yang baru di dalam Kristus sebab yang lama sudah berlalu dan yang baru sudah datang - II Korintus 5:17.
  • Kelahiran dari air adalah memberi diri untuk dibaptis dalam air seperti contoh Tuhan Yesus Kristus iaitu masuk dan keluar dari dalam air - Matius 3:13-17, Kolose 2:12, Roma 6:3-5, Titus 3:5, Kisah Rasul 8:38-39
  • Kelahiran dari Roh adalah menerima baptisan Roh dan Kepenuhan Roh seperti mana peristiwa di loteng Yerusalem dalam Kisah Rasul 2:1-12, Kisah Rasul 1:4-8, Lukas 24:49, Yoh.14:15-17; 16:13
Kelepasan ini juga berbicara bagaimana terlepasnya kita dari pengaruh-pengaruh roh jahat, emosional, perhatikan Galatia 5:16, oleh kerana itu Gereja Tuhan di akhir zaman ini perlu berjaga-berjaga agar supaya tidak bersekutu dengan roh kegelapan dengan segala praktikalnya yang merupakan kebencian Tuhan - Ulangan 18:10-13.

Jadi untuk mencapai kelepasan Tubuh, Jiwa dan Roh harus dengan usaha yang sungguh dalam peperangan iman sebab setan takkan membiarkan kita mendapat kelepasan ini kerana ia mahukan supaya manusia itu binasa kerana ia akan datang mencuri, membunuh dan membinasakan - Yoh.10:10
berhatilah-hatilah sebab mencapai kepada kelepasan Tubuh, Jiwa dan Roh manusia diperhadapkan dengan 3 keinginan besar yang akan menjerat manusia kepada kehancuran sehingga tidak mendapatkan keselamatan dari Tuhan Yesus Kristus - I Yoh. 2:15-17
Oleh sebab itu kita perlu memakai 7 perlengkapan senjata Allah (Epesus 6:12-18) sebagai senjata peperangan rohani bukan senjata peperangan duniawi (II Korintus 10:3-6) kerana ini akan memberikan kita kemenangan dan akhirnya menikah dengan Tuhan Yesus Kristus kemudian terangkat ke awan-awan. Kuncinya lalukan Firman sebagai syarat bagi kita untuk mendapat kelepasan itu dengan berpandukan pada Kisah Rasul 2:38 Bertobat, Berbaptis dalam nama Tuhan Yesus Kristus, Beroleh Anugerah Roh Kudus.

Amien.

1 comment:

  1. halau apa kabar ?sudah menjadi tugas dan untuk pelepasan harus disertai dengan pengajaran benar supaya jiwa-jiwa terlepas dari belengguh pengajaran salah.harus mempunyai kekuatan kuasa Tuhan membebaskan tubuh maut menjadikan tubuh hidup(gereja hidup)yohanes 5:24-25.Dan dgn berbakti pada Tuhan,maka dilalukan dari semua penyakit.Kel 23:25.belenggu roh-roh jahat,dunia harus dibebaskan sama dgn perempuan samaria dari menyembah gunung dibebaskan menyembah Bapa dan kebenaran.Yohanes 4:23-24.jangan berhenti membuka lembaran-lembaran pengajaran kabar penganten untuk dunia.sebab dunia harus dibebaskan fdari belenggu.amin Tuhan berkati kel dasn jemaat.jangan lupa pergerakan di hotel duta dan teruskan pergerakan itu.

    ReplyDelete