Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Rencana Allah Membawa Gereja pada Kesempurnaan

Monday 18 July 2011

JIKA MATI HENDAK KEMANA?

Ada 2 macam kematian yang menimpa umat manusia diatas muka bumi ini iaitu :
  1. Kematian bagi orang yang beriman kepada Tuhan Yesus
  2. Kematian orang yang tak beriman kepada Tuhan Yesus 
A. Kematian bagi Orang yang beriman kepada Tuhan Yesus
adapun kematian ini disebutkan berbahagia (Wahyu 14:13, Mazmur 116:15, Yesaya 57:2, Ibrani 4:10). Apabila orang yang beriman meninggal dunia, maka rohnya menuju ke Firdaus sedangkan tubuhnya menjadi abu menuju kepada chadisnya orang percaya. Adapun rohnya orang percaya yang mati itu terangkat seperti kilat dimana rohnya itu disambar oleh Malaikat. jalannya seperti sinar ertinya roh itu terangkat seperti sinar. tahukah anda dimana batas Firdaus? iaitu adalah peta langit yang ketiga.sedangkan bintang-bintang itu dibawa peta langit yang pertama.
Dalam penglihatan peta langit pertama itu dipagari oleh malaikat-malaikat demikian juga peta langit kedua. oleh kerana itu Firdaus itu tak dapat diketahui oleh manusia seperti yang dikatakan dalam Yesaya 66:1-2 bahawa bumi itu alas kakiKu dan langit itu ArasyKu.
Itu sebabnya Firman Tuhan berkata berbahagia bagi orang yang mati di dalam Tuhan kerana selepas rohnya bercerai dari tubuhnya maka rohnya akan menuju kesuatu tempat yang sudah disediakannya iaitu Firdaus tetapi bagi mati diluar Tuhan adalah tempat dalam alam maut iaitu lubang yang tak terduga dalamnya. kematian adalah perpisahan antara tubuh dengan jiwa dan roh, perhatikan Kejadian 2:7 jadi selepas mati tubuh lahiriah ini akan kembali kepada debu tanah tetapi nyawa roh itu hidup jadi kematian adalah perpisahan antara tubuh jasmani/lahiriah dan kehidupan roh, untuk itu kematian bukanlah mati selama-lamanya tetapi berpindah dari alam fana ke alam baka sehingga orang yang hidupnya benar menurut Firman Tuhan menuju ke Firdaus tetapi bagi yang tidak benar akan menuju ke alam maut/lubang yang gelap.
Jadi yang menentukan sama ada ia menuju ke Firdaus atau ke alam maut adalah selama ia hidup di dalam dunia ini apakah menurut jalan Tuhan ataupun tidak oleh kerana perhatikanlah Firman Tuhan ini :
  • 2 Korintus 5:10
  • Kisah Rasul 17:31
  • Roma 2:16
  • Roma 14:10
Jikalau seorang yang benar itu meninggal dunia maka kematiannya sangat berharga pada pemandangan Tuhan kerana itu berarti rohnya telah dimerdekakan dan akan mengalami perhentian yang kekal bersama-sama dengan Tuhan Yesus. Kematian orang yang beriman kepada Yesus Kristus juga berarti dihapuskan dari segala penderitaan di dalam dunia ini dimana rohnya menuju ke Firdaus dan tubuh menjadi debu. Perkara yang terjadi apabila orang yang benar sakit lalu mengalami kematian adalah sebagai berikut :
  1. Malaikat Tuhan menungguinya dan Roh Tuhan mengkuatkan dia dalam pembaringannya.
  2. Roh Tuhan yang ada dalam dia membawa pikirannya kepada pengorbanan Tuhan Yesus di bukit Golgota, supaya si penderita sakit diyakinkan pada pelepasan yang akan diberikan kepadanya selepas rohnya nanti berpisah dari tubuhnya. Sebelum maut menyambar dia maka Roh Tuhan akan menolong si penderita sakit sebelum datang ajalnya dan memberikan penglihatan kesempurnaan di dalam Tuhan. Jadi orang yang mati dalam Tuhan akan pergi dengan tenang dan penuh damai.
  3. pada saat terakhir itu tiba dimana orang yang mati di dalam Tuhan menghembus nafas terakhir maka Malaikat terus menyambar rohnya yang meninggalkan tubuhnya dan langsung dibawa ke Firdaus, perhatikan Lukas 16:22.
Apabila orang yang mati dalam Tuhan itu tiba di pintu gerbang Firdaus maka kedengaranlah nyanyian-nyanyian yang amat merdu sebelum roh orang itu masuk ke dalam Firdaus dan ia akan disambut sehingga terjadilah pertemuan yang sangat berbahagia. ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa kerana merupakan  satu kemenangan besar sebab telah berhenti daripada pekerjaan dalam dunia.
B. Kematian orang yang tidak beriman kepada TuhanYesus Kristus.
Kematian orang yang tidak beriman kepada Tuhan Yesus Kritus adalah sangat mengerikan dan menyedihkan sekali kerana jiwa mereka akan mengalami sengsara dalam api neraka. apabila orang yang sakit mati dan ia mati dalam kesalahannya kerana tidak menurut jalan Tuhan maka pada masa ia sakit keadaannya sangat sedih dan muram, si penderita sakit dalam suasana ketakutan dan penuh kebimbangan sebab Roh Tuhan tidak ada padanya untuk menerangi dia kerana Tuhan tidak mengkuatkan dia dan ia akan melihat beberapa penglihatan mengerikan dari roh-roh jahat sehingga ia sangat gemetar menghadapi maut sebab tempat tidurnya ditunggui oleh raja kegelapan iaitu iblis dengan supaya menghasut dia yang sakit menghujat Tuhan kerana terlalu sakit yang ia rasakan. Iblis menyiksa pikirannya dengan memperlihatkan keadaan tempat yang gelap kerana iblis berusaha mahu menindas dan akhirnya membunuh si sakit dengan kejam, perhatikan Yohanis 8:44, dan apabila si sakit menuju pada kematiannya maka iblis akan segera membawanya menuju ke hadisnya iaitu lubang yang tak terduga dalamnya.
jadi tempat bagi orang yang tidak mahu menurut jalan Tuhan maka akan mengalami sengsara yang luar biasa yang mana orang yang berada disana baru sedar segala perbuatannya selama waktu ia hidup didunia tetapi apa boleh dikata bahawa masa tak ada lagi itu berarti sudah terlambat. untuk itu kepada kita masih hidup ingatlah bahawa segala perbuatan mengikut dan menyertai kita, jikalau kita berjalan di dalam jalan kehendak Tuhan sudah tentu tempat yang indah telah disediakan teapi jika sebaliknya maka penghukuman kekal selamanya akan dirasakan.
jadi jalan mana yang hendak kamu pilih? ( Matius 7:13-14)

6 comments: